IQNA

Rangkaian Televisyen Khas Untuk Semua Agama Di Thailand

21:28 - May 29, 2013
Berita ID: 2540965
Kumpulan Sosial: Raja Thailand telah melancarkan sebuah rangkaian televisyen khas untuk agama-agama di Thailand dan sebahagian waktunya telah diberikan untuk mazhab Syiah.
Kumpulan Sosial: Raja Thailand telah melancarkan sebuah rangkaian televisyen khas untuk agama-agama di Thailand dan sebahagian waktunya telah diberikan untuk mazhab Syiah.
Menurut laporan Agensi Berita Antarabangsa Al-Quran (IQNA) Cawangan Timur dan Selatan Timur, rangkaian ini akan berusaha untuk memaparkan program-program semua agama dengan menjaga keadilan dan tanpa berpihak kepada mana-mana agama.
Setiap hari sabu, jam 5 petang, program berkaitan syiah akan dipaparkan, dan program ini akan diulang pada hari ahad jam 9 pagi.
Pengarah rangkaian ini mengatakan bahawa mereka menjangkakan rangkaian ini hanya akan dapat menarik pononton yang sedikit pada awalnya, akan tetapi pada masa akan datang akan mempunyai penonton yang ramai.
Para penonton boleh bertanyakan soalan-soalan mereka melalui telefon dan juga melalui email, dan rangkaian ini juga boleh didengari melalui radio.
1235708
captcha